Tuesday, December 27, 2011

Jenis Lelaki Dan Tabiatnya -> Part 1



Letih+jenguh aku asyik nak jawab pertanyaan dak2 nie. Mentang2 aku tulis doktor cinta, bertalu korunk tanya "cmner nak tackle lelaki cmnie eyh"? Come on, do it your way la. Haiyo. Well, kalau korunk nak taw sngt, ade 5 kategori lelaki setakat yang aku taw la.

Lima? Yups, lima. Ape yang lima tue? Hahaahha

Bace la eyh, adik2 aku pon aku kategorikan ikut 5 benda nie.

Shahzwan --> Sportman
Shahzwin  --> Sportman




1) Rock star

Lelaki jenis ni adalah jenis yang rileks, berfikiran terbuka, sangat suka muzik, dalam hidup dia muzik adalah segala-galanya, jenis rock star tegar yang akan hafal nama-nama band underground di satu-satu kawasan tempatan.

Kalau korang sebut Newboyz, scoin, justin bieber dan budak kacamata cepat-cepat diorang ni akan menjuihkan mulut dan buat muka meluat.

Seharusnya diorang ni akan menunjukkan kehebatan dengan tau pasal info-info band yang bukan mainstream, kalau zaman aku sekolah menengah dulu, seboleh-boleh diorang nak sebut carburetor dung, dead mushroom, OAG dan macam-macam lagi lah.

Dan diorang akan rasa kecewa kalau band-band underground/alternative/ indie pujaan diorang mula memasuki mainstream, kekecewaan tu kerana diorang takut akan digelar poseur bersama-sama dengan peminat-peminat majoriti.

" woi woi, sedap gila ahh lagu Linkin Park, aku minat gila wehh"

" Hek eleh, aku 2 tahun lepas lagi dah dengar dorang, masa tu dorang belum famous lagi, tapi skrg aku malas ahh nak follow diorang dah, baik aku layan SOAD!"

" Hahahaha buruk gila nama soad, dah macam bunyi Pak Sood, kau ni ketinggalan zaman la jep, linkin park ngan limp bizkit la baru cara"

" huuuhh poseur! kalau taktau takyah cakap, tu System of A Down, ko mana tau benda-benda macam ni, ko geng eddie hamid!"

Rockstar akan minat gila kat gitar, layan band music, gig, live band, dan suka tengok MTV live concert, diorang juga suka lepak dekat kedai kaset (zaman dulu) dan bagi diorang tak makan kenyang pun takpe, asalkan puas dapat pergi jamming.

Awek kepada rockstar toksah risau kalau diorang hilang tanpa dikesan, korang boleh cari diorang dekat studio jamming, lepak rumah bujang kawan atau pun diorang lepak Holiday Inn Subang Jaya gi dengar live band sorang-sorang sambil minum fresh oren RM 9.00 segelas.

Kalau korang nak ambil hati pakwe rockstar korang, korang boleh mula dengan belikan pick atau tali gitar Ernie ball untuk hadiah birthday diorang, ataupun bila lepak-lepak minum sesekali cuba sebut nama-nama band underground, dan percayalah diorang akan impressed dan terharu dengan usaha tu.

" Shah,Shah, eh u tau tak, semalam kan masa i nak tidur kan, i dengar bunyi sayup-sayup gitar electric jiran i tau, tapi i jarang dengar la lagu tu kat hot fm, hitz pun tak pernah tau!"

" ye ke ucuk? macam mana bunyi dia ucuk, cuba humming sikit Shah nak dengar"

" ermmm takyah humming la, i tau lagu tu, tak salah i stairway to heaven, pink floyd kot"

"wahh terernya ucuk, tau gak ucuk eh? but Shah rasa bukan pink floyd, tapi Led Zappelin, Jimmy Page tu legend tu cuk..kalau dia solo perrghhh.... otai gila. Takpe-takpe nanti abang men lagu tu tuk ucuk ye "

" yeayyy, sayang abang!"

Tapi disebabkan rockstar ni terlalu mencintai dunia muzik, diorang cenderung untuk cari awek yang sekufu jugak, selalunya diorang akan kapel dengan gig chic, gadis yg suka live band dan at least gadis yang mencintai muzik yuna instead of tudung dia.

Bab jiwang? bab jiwang jangan risau, tak boleh lawan beb, muka ganas, jari kematu pegang tali gitar, tshirt jeans bundel, tengkorak lanun semua ada, tapi hati Ibnor Reza!" rock star sangat menghargai awek dan diorang jarang nak curang kalau dah cinta gila ngan awek dia.

So gurls kena la appreciate kesetiaan diorang, jangan tuduh diorang nak ngorat kawan-kawan band diorang pulak nanti.


********************************

2) Sportsman

Sportsman pulak adalah golongan yang mencintai sukan, antara ciri-ciri sportsman adalah diorang akan komited dengan jadual sukan diorang secara mingguan.

Jadual sportsman pergi bersukan selalunya berselang satu hari dalam seminggu, contohnya kalau dia main badminton dia akan ada fixed jadual, iaitu Isnin, Rabu, Jumaat. kalau bola pulak mungkin petang khamis dan Sabtu.

Sebabnya diorang buat jadual selang-selang untuk bagi badan recover dari penat, dapat spend diri untuk buat aktiviti lain, spend masa dengan family dan awek. bagi the real sportsman diorang jarang la nak bersukan tiap-tiap hari, kalau dah tiap-tiap hari tu dah boleh ngalahkan professional athlete dah tu.

Ramai orang samada lelaki dan perempuan yang keliru antara sportsman dan sports fan. sebenarnya perbezaannya agak besar la jugak walaupun nampak macam nak serupa. aku selalu teringat skrip filem apa tah aku lupa ;

" Are you doing or watching sports?"

" i am doing sports not watch it" (kata si heroin yang dingorat kat central park Newyork)

Sports Fan selalunya akan obses dan fanatik terhadap game atau team yang dia sokong, dia boleh hafal semua nama player Manchester United dari goal keeper, defender sampai striker, sampai coach, pembantu coach, pemain simpanan, dan at least manager and 3 former managers.(Adik aku Shahzwan dengan Shahzwin adalah antaranya)

Sebaliknya, football player (sportsman) dia ambik tau jugak pasal team bola tapi tak secara precise dan detail. kadang-kadang tu siap tak tau lagi yang David beckham dah pindah Real Madrid. kadang-kadang orang tengah sembang pasal Christiano Ronaldo, dia boleh bantai hentam Ronaldo Brazil.

Bagi lelaki jenis sportsman diorang akan ambik berat terhadap sports equipment macam berapa tegang tali reket yang optimum dan terbaik untuk bermain secara defensive ke attacking ke, akan tau brand reket, tali, kasut dan segala macam, bagi yang main bola pulak, diorang tau shin pad mana yang bagus, but bola mana yang sesuai tuk main kat padang itu padang ini, defend pakai stud berapa, striker stud berapa dan macam-macam lah.

sportsman akan selalu bersembang pasal friendly match, bincang pasal strategy permainan team sendiri dan pihak lawan, sukan tu dah jadi sebahagian hidup dia, dia bukan sekadar pergi main futsal pada malam minggu sebab join kawan-kawan yang ajak separuh mati.

sportsman bukan sekadar beli kasut futsal untuk main masa game company or fakulti organised, kasut-kasut diorang selalunya lusuh dan berjenama khusus untuk game tersebut, kadang-kadang brand tu agak asing bagi pasaran biasa, instead of Adidas, Nike dan Puma, diorang akan selalu sebut brand Mizuno, Asic, Salomon, Yonex, RSL, Apacs, Ascort, Head dan macam-macam lagi.

Kepada awek yang mempunyai pakwe bercirikan yang aku sebutkan diatas, ada beberapa tips yang korang boleh ambik simpan buat pedoman.

a) Jangan sesekali test pakwe korang dan letakkan mereka dalam dilema suruh pilih antara sports dengan korang. Ingat, JANGAN sesekali. Sebabnya walaupun mulut diorang pasti akan cakap diorang pilih korang tapi hati dia tetap sedih dan dilema mengenangkan jadual main dia yang terganggu.


b) Pakwe korang suka korang jadi penyokong, penonton, cheerleader dan moral support bagi diorang, korang la sumber kekuatan yang terlindung diorang, korang adalah spinach popeye diorang, koranglah tangkal azimat penguat tenaga sewaktu diorang beraksi, kalau korang nak amik hati bf korang yang suka sports, luangkan sikit masa pergi support diorang bersukan,

Tolong berhenti merungut yang dewan badminton atau padang bola tu banyak nyamuk, korang panas dan macam-macam lagi.

Dan satu lagi, elakkanlah perangai tantrum pergi muncung sedepa tidur dalam kereta sambil bukak aircond lambang protes nak balik cepat. kalau korang nak pakwe korang bertambah sayang, sekali sekala tu bergaul dengan geng/team mates lepas habis friendly match. Teringat aku time Manora bagi sokongan waktu mnari di Central Market Kuala Lumpur. Ahahahaaha

kalau korang merungut yang korang tak boleh ikut lifestyle mcm ni nampaknya memang ditakdirkan korang bukanlah pasangan yang ideal bagi pakwe korang.

c) Dalam hati sportsman, tidak sesekali diorang akan membandingkan priority antara kekasih dengan sports diorang, tak kira lah badminton ke, bola, golf, paintball, tenis, skateboard, yoyo, taekwando, bowling, mountain climbing dan lain-lain.

Sports itu semua hanyalah lifestyle diorang yang diorang dah terbiasa sejak dari kecik, mungkin akibat dibesarkan dalam keluarga yang suka bersukan,

sama sekali jika diorang pergi bersukan tak pulak ikut korang gi shopping tudung ariyani tu boleh menjadi indication level kasih sayang kepada korang.

biarkan lah dorang dengan jadual selang sehari dalam seminggu tu untuk sports yang diorang minat, dan remaining days tu untuk korang. percayalah diorang takkan boleh peluk racket dan bola pas kawin nanti, diorang tetap sayang korang separuh mati macam lelaki lain.

Jenis Lelaki Dan Tabiatnya -> Part 2

Ni sambungan kepada entri lepas taw Jenis Lelaki Dan Tabiatnya. Sebab nak letak satu post meleret nanti kan. Post kali nie lebih banyak tentang mamat yang Kasanova and etc.. Hahaha, lebih kurang camtu la. Papepon, enjoy k!

P/S Aku kategori Mamat Geek Dota


3) Mamat Geeks



Apa itu geek? geek adalah golongan taksub atau obses berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang dia minat.
Ada macam-macam jenis geek yang pernah aku jumpa dan aku tengok kat tv, ada geek star trek, geek sci-fi movie, geek toys, tapi yang paling popular di dunia moden ni adalah Techno/gadget geek.


Lelaki yang techno geek ni akan menghabiskan duit, masa, perhatian, tenaga dan segala-galanya untuk main game, internet, duduk depan komputer 18jam sehari, beratur panjang-panjang depan kedai semata-mata nak beli i-pad baru, tukar iphone 4 kali, tukar blackberry, dan boleh hafal berapa bilah kipas laptop bagi setiap model yang ada.



Setiap borak dia takkan lekang dari words mcm, processor, photoshop, dual core, i-7, window 7, DOTA, motherboard, low yatt, cooling pad, Unifi, broadband bla bla bla bla bla bla bla.....



Tak susah nak kenal samada pakwe korang ni geek atau tak, kalau korang tengok keadaan diri dia tak terurus dan makan tak tentu semata-mata nak complete habiskan level game, selalunya golongan geek akan dikaitkan dengan sikap anti sosial.



bila korang ajak gi tolong rewang kenduri dia taknak pergi, ajak pergi kenduri kawin dia malas, kalau dia nak pergi pun dia nak datang lewat, atau terlalu awal, dia akan makan cepat dan belah cepat, dia tak suka berkumpul dengan masyarakat.



Mamat geek jugak akan cepat bengang dan panas baran kalau pc dia rosak, atau internet dia down, kadang-kadang awek akan jadi mangsa amukan sang Rajunatapa bila dia tak puas hati kalah main DOTA, korang jangan terkejut kalau pakwe geek korang bagi nama kepada pc dia, iphone, ipad, ipod dan macam-macam lagi.



setakat ni, aku pernah jumpa 3 orang mamat geek hardcore dalam hidup aku, korang bayangkan USB port dekat pc dia dah sampai takde alphabet lagi dah, dari A sampai Z, sorang lagi member aku, dia boleh duduk depan pc dalam bilik dia 14 jam straight main championship manager.

Macam mana nak hendel pakwe geek? aku susah nak bantu lah, sebab aku pon mungkin kategori nie jugak. Mungkin satu hari nanti korang jugak akan mula minat main PS3 bersama-sama sebagai aktiviti waktu senggang. Wakakakaka





4) Desperado Ala Romeo


Ade jenis lelaki yang desperate untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang perempuan, bukan sahaja kasih sayang dari awek dia, tapi kasih sayang dari semua makhluk yang bernama perempuan
Beratus dah  aku jumpa dak laki macam nie dekat Universiti tempat aku belajar sekarank nie Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terutama dak lelaki tahun pertama yang baru masuk Universiti (batch aku la tue ). Diorang nie masuk universiti terus pasang niat nak jad Mat Romeo. Owh please la. Geli la weyh. Mak bapak suruh belajar, korunk jadi Romeo. Poodah Chit.
Perkara nie dibuktikan lagi dengan fakta kawan aku (Nurul Ain Azli) yang skarank dekat UiTM, Perlis. Die cakap dak tahun 1 kat sane pon same jugak, desperate nak carik makwe. Daaa~ Nak taw ape ciri2 lelaki jenis nie, jom terus membaca.


Desperado Ala Romeo ni akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hero depan perempuan, walaupun diorang berusaha bersungguh-sungguh namun belum mampu membuatkan dorang ni kelihatan hebat, sebaliknya orang macam ni akan kelihatan sadis.


Tapi dia masih percaya yang dia adalah lelaki idaman setiap perempuan, dia akan buat apa sahaja asalkan dapat kena jek. Lelaki jenis macam ni ramai, tapi dalam satu-satu kelompok tak boleh wujud lebih dari 2 orang Desperado, sebab persaingan yang timbul ibarat adengan perampasan takhta kerajaan majapahit.


Selalunya, awek kepada desperado kerap makan hati dengan kelakuan dorang, awek akan rasa diri tak special pun bila dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang cuba diimpress oleh desperado, kadang-kadang tu sampai tahap adik, bakal mak mertua,ngan opah pun dia akan cuba bermulut manis dan layan abis.


Cakap je apa saja, tolong beli santan? pacak tiang sidai baju? belikan nasik lemak pukul 2 pagi kat pekan? tolong hantar amik kerja walaupun tempat kerja jauh 20km setiap hari? semua bisa diatur dong, Upahnya pulak, bukanlah menggadai body, bukan jugak bagi duit, cukuplah dengan puji-pujian dan perhatian spesel kepada dia.


Pantang bagi mamat desperado adalah,


a)korang diharamkan puji lelaki lain lebih bagus dari dia, korang diharamkan senyum-senyum dan sembang-sembang lawak dengan lelaki lain,


b)korang tak boleh gelak bila lelaki lain buat lawak, korang jangan ckp lelaki lain lagi terer drive dari dia, korang jangan ckp yang Shahzwi lebih pandai berkata-kata dari dia, jangan puji blog The Annoying One, kalau dia ade blog, puji blog dia saja dan dia akan merasa puas dan akan sanggup buat apa saja pada korang.


Senang cerita, Desperado Ala Romeo ni tak boleh orang lain lebih di depan audience perempuan dari dia. dia mesti nak jadi Numero Uno di depan awek, bakal mak mertua, classmate perempuan, lecturer perempuan, officemate perempuan. Dia Mahu jadi hebat dengan cara yang desprate.


Korang jangan terkejut kalau aku cakap kawan aku yang desperado ni pernah melutut bagi jambangan bunga depan orang ramai, situasi itu tidak nampak hero mcm adengan filem korea, tapi menimbulkan rasa kekok yang memualkan. Sampaikan kita rasa kita pulak yang malu bila tengok adegan-adegan ala muzikal dia tu.





5) Aku saja yang betul / Hollier than thou


Lelaki jenis 'aku saja yang betul' ni adalah satu sumpahan kepada perempuan, lelaki jenis ni mempunyai pakej yang boleh dikira baik untuk dibuat suami, financial tersusun, pembersih, kemas, kerja stabil, kereta baru, sikat rambut, pakai kemeja, hormat orang tua, rajin bermasyarakat.


Tapi, walaupun pakej agak lengkap, awek tetap selalu makan hati. Makan hati dengan sikap bila berbalah sentiasa nak menang, taknak mengalah, ego tinggi melangit, susah nak mintak maaf.


Lelaki jenis ni merasakan dia tak pernah buat silap, lelaki jenis ni selalu tengok perempuan dia macam barang dan bukan manusia. Dia rasakan perempuan dia macam batang pokok yang takde perasaan. Lelaki jenis ni ada sangkut paut dengan jenis lelaki Desperado Ala romeo tapi ia adalah version lebih kompleks dan lebih advance.


signal yang korang boleh trace di awal perhubungan adalah dengan cara menggunakan kaedah driving. cuba dalam satu-satu masa anda buat adengan nak drive. first word yang keluar dari mulut dia....


" awak nak drive? awak jangan mengada lah! perempuan bukan boleh percaya bawak kereta, nanti eksiden naya!"


kemudian kalaupun dia mengalah bagi korang bawak kereta, korang akan drive macam dalam neraka, korang akan dengar dia membebel mengalahkan pegawai JPJ lapar nak balik cepat hari jumaat.


" Awak ni pandai drive ke tak? kenapa bawak kereta ke kanan ke kiri, mcm orang mabuk ni.... brekk breekk breekk brekkkkk!! u ni gila ke? signal mana? signal mana? jangan lah follow rapat sangat dengan kereta depan tu, kang cium bumper kang awak nak ganti? jalan lahhh... terhegeh-hegeh, tunggu apa lagi lama-lama kat simpang nih? keluar la kepala tu dulu, slow la u nih tu la mengada nak bawak sangat, sebab tu i tak suka perempuan drive!"


Lelaki jenis ni jugak suka banding-bandingkan korang dengan mak atau kakak dia, dia akan ckp korang masak tak sedap macam mak dia, kakak dia lagi pandai lipat kain dari korang, tudung adik perempuan dia lagi matching dari tudung korang.


Walaupun korang gembira sebab pakwe korang ada proton inspira, suka action pakwe korang yang kerja stabil dan stylo, tapi jauh dalam hati korang rasa sengsara sebab selalu pendapat korang tak ada makna bagi perhubungan, korang macam takde hak untuk menyuarakan pendapat.


Dan janganlah buat-buat terkejut, kalau di alam rumah tangga nanti, lelaki jenis ni akan selalu angkat tangan, lelaki jenis mcm ni jugak akan jadi cemburu buta.



macam mana nak handel? errmm, susah jugak sebab dia jenis tulikan telinga dengan nasihat dan pendapat, tapi dari pengalaman aku, orang macm ni hanya boleh diajar dengan cara "fight fire with fire", sebab bagi aku, alang-alang korang asyik kena buli dan seksa, ada baiknya korang bangun berdiri mempertahankan diri dan maruah, kalau dia membangga diri, korang cerita jugak benda yang sama bagi dia rasa diri tu 'takdelah bagus sangat'


" U bukan tau apa, apa yang i ckp betul, u tu salah, i taulah sebab i kan kerja Chemical petrokimia setelit nasa technologies Mechanical engineer, u tu perempuan buat cara perempuan, belajar tinggi-tinggi last last duk ceruk dapur jugak"


" Laaaa.. rupenya kerja u tu mcm tu je, apsal tak ckap awal-awal, Pakcik sepupu i kerja macam tu jugak, u kenal tak? nama dia Profesor Emeritus di Raja Dato dr Kamsani Kamsana, i rasa dia bos kepada bos u kot.. he such a very nice guy, takde macam u, semua nak betul je. dia pandai respect perempuan ngan pandangan orang lain tau!"
Ambek koe.. Ahahaha, terasa? Biarkan laa.

~The End~

Tuesday, September 20, 2011

K-POP Lover! Jom Dengar lagu Melayu Meyh!

MODUS OPERANDI


Ok, for today, kitew dengar lagu orang Malaysia plak. Asyik2 lagu orang putih,korea,jepun jew kan?Hari2 dengar pon bosan. So hari ini, jom dengar lagu dari Negeri Sabah. And for your information, lagu nie ngah top taw kat Sabah! Hahaha.. aku sendiri pun suke giler dengar . Mane x nyer.. Asyik2 lagu Yuna, Lagu Najwa Latiff, xpon lagu Ainan Tasneem kan? LOL , aku x perli k.. Tajuk lagu ini "Tanak Kampung” dalam versi Dusun, dan “Anak Kampung” dalam versi melayu yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat, seorang artis dari Sabah jugak. Penyanyi tempatan kita jua ba. Kepada yg belum dengar tue. Meyh aku kasi korunk dengar.. Lol. Actually aku ngh semangat sebab minggu orientasi aku, aku kene menari tarian Dusun dengan lagu nie.. EHEHEHEHEHE.


(Versi Melayu)

LIRIK
Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya
Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna

(Versi Dusun)

LIRIK
Yoku nopo diti
Tanak do mosikin
Aiso nunu nunu
Do posurungonku
Ika tu olumis
Au oku kaanu
Kapasanang dika

Yoku tanak kampong
Aiso sinikulan
Kuli-kuli do touki
Au kapadan dika
Ika tu olumis
Ogumu poh muhang
Lagi orang kaya


Ingga korita ku
Mogowit dia mimpanau
Ingga poh walaiku
Usukon toh ngoduo
Lobi pondo pongopung
Om balanja dapur
Panansawo dika


Okon ko au oku
Orohian dika
Nga rosian oku
Katanud koh osusa
Sabab noh do muhang
Logoson ku ika
Id langon do wokon

Ika poimulok
Lagi kikolumison
Kada do sumonsog
Kusai irad doho
Ika tu olumis
Manasal koh moti nga
Ingga noh guno



Dengar taw! Jangan x dengar.. Lepas tue kalau adew mase, menari la. LOL! Kalau korunk hafal dua2 lirik lagu nie (2 versi) kompem2 at least korunk reti serba sedikit bahasa dorunk nie.. Kan3? Dari korunk pi dengak lagu Korea tue, dah la x paham. Korunk minat pon sebab dorunk pandai menari and sebab korunk suke kan? Well, no critics to them.. Just jomla kitew dengar lagu Melayu sekali sekala, hak3! Letih aku pujuk korunk nie. Sebab bagi aku better dengar lagu yang memberi inpirasi dan kita faham maksud lagu itu. Wink* 

Sebab bagi aku better dengar lagu yang memberi inpirasi dan kita faham maksud lagu itu. Wink* 

Saturday, September 17, 2011

Dah lame aku x ketawa macam ni~

DIN YANG PELAWAK!


Ok,. Tajuk dah gempak ye x? Hahaha, x gempak pon cume nak share citer yang watkan satu rumah aku. Ketawa terbahak-bahak sambil berdekah-dekah dengan gelak ketawa dan mengilai dalam satu rumah..


1 P.M = Semua pelajar semester satu kene pergi ke Dewan canselor untuk taklimat Kokum (orang sini sebut Kokum kat semenanjung panggil Koko jew). Aku gerak dengan room mates aku Faizol yang agak psycho la jugak. Sepanjang arini. Asyik sebut Wu Ai Ni dengan Ni Hao Ma. Koe pi sebut kat dak2 cina la.. Jangan sebu kat aku. Menyesal aku ajar dia dua patah perkataan tue. Ok , smpi jew kat dewan canselor kitorunk pon dibahagikan mengikut sukan masing2. Aku x nampak lak dua orang lagi housemate aku. Lantak ah. Balik kank jumpa balik.


3 P.M = Aktiviti Kokum selesai. Hah* Penat punggung aku melabuh kat kerusi lipat2 Dewan Canselor nie. Aku bukan nak dengar ceramah Pidato. Aku nak masuk praktikal Pidato terus laa. Xpewla.. Yang penting next week adew lagi perjumpaan Kelab Pidato. Lagipon aku cadangkan nama aku sendiri untuk Pengarah Program Pertandingan Pidato tadi. Eheheheheh, yang pelik nyer xde sape plak tue yang bangkang. Well, no rejection means you all have to accept me as your DIrector.Kwang3. GILER KUASA?! Nayh, its all about survival in University. Sape yang malu2 or lambat rebut peluang, pasti akan ketinggalan


9 P.M = Semua ahli rumah ku (lupe nak cakap aku ketua rumah)dah balik. Haaa, x sabar aku nak tanye sukan ape yg dorunk masuk. Faizol yg psycho tue mmg aku dh lame taw. Die tue obses dengan Ragbi. Hafiz pulak masuk Kelab Catan. Waaaa~ Adew orang seni, tapi die cakap nak tukar PALAPES. Urm, dasyat! Kebetulan lak dua orang house mate aku nie orang Seni (Hafiz dengan Din). Fakulti pon same Fakulti Pengajian Seni. So, aku ingatkan si Din nie pilih course seni la jugak kan untuk aktiviti kokurikulum. Tapi... die dengan selamba cakap (bosan la catan2 nie, nak masuk Kelab tarian asli habis lak, baik aku masuk aktiviti berpaedah sket). Aku pon tanye la aktiviti ape yg koe masuk Din? Pastu die troz jawab "aku masuk Kelab Sumpit". Aku,Jo,dengan Hafiz terus gelak str8 slepas dengar cakap Din tue.. Sorunk masuk Pidato, sorunk masuk Rugby, sorunk masuk PALAPES ,. Koe plak masuk Sukan Sumpit? AHAHAHAHAAHAHAHA. Kemaruk nak sumpit apew.. Meyh Kawe ajar demo sumpit hati orang meyh.

Wednesday, August 10, 2011

LELAKI versus PEREMPUAN.

BOYS VS GIRLS (CHAPTER 2)


Ha, kalau bukak facebook jew mesti ade budak2 atau  rakan2 sebaya aku yg suke wat status pelik-pelik. Pelik camne? Ha, pelik aaa. Ayat omputih bagai sakan. Aku pon kengkadang ta paham maksud die. Sigh* Aku kompem die ciplak kat Internet mane tah pastu paste kat status. AHAHAHAHAHAHA. Yg pelik nyer, ayat die nak hebat2 jew. Tapi yang paling penting, kalau korunk bukak FB, MESTI ade dak perempuan yg ta puas hati dengan some guys, and mesti ade lelaki yg ta puas hati dengan some girls.

Ok,aku bagikan situasi untuk korunk2 nie bace eyh. ^_^

1- MARAH
=Lelaki mudah sngt marah tapi tak tunjukkan konnonnya nak cover Macho
=Perempuan pon mudah marah tapi menangis macam orang gile! AHAHAHAHAHAHAAHA

2- SAYANG
=Lelaki pentingkan kuantiti sayang yg diterima. Macam mane tue? Rahsia lelaki  =P
=Perempuan pula pentingkan kualiti sayang seseorang. Wekk~ Geli2!

3-KEMAAFAN
=Dak2 lelaki nie memang senang nak lupakan orang laen, tapi awas! Mereka nie susah taw nk memaafkan!
=Ha bagi kaum perempuan,mereka sngt susah nak lupakan orang. Ta caya tanye Izzatie. Hahaha, susah taw die nak lupakan sum1!

4- FRIEND REQUEST
=Dak lelaki mmg suka approve kalau adew friend request dari perempuan nie.
=tapi girls plak susah na approve friend request dari lelaki sbb aura LELAKI tue kuat sngt kowt! Lalalalala~

5-FACTS!
=  Orang lelaki suka tulis "BOYS VS GIRLS"
= Orang perempuan suka tulis (GIRLS VS BOYS"

Moral of the stories. Orang lelaki lebih banyak kebaikan. The End~

Saturday, August 6, 2011

Manusia Laknatullah! Sebaris atau mungkin sebaris dengan Abu Jahal dalam Neraka nanti!




Astagfirullahhalazim. Itulah perkataan pertama yg keluar dari mulut apabila membaca sebuah artikel yg dikarang oleh seorang mak cik .. ape kene dengan mak cik nie.. Ade jugak manusia cmnie. Lebih teruk dari kes NameWee yg nyanyikan lagu Negarakuku. Malah lebih teruk dari orang yg melukis gambar Potret Nabi Muhammad!Orang Cina,India, mahupon agama lain, xderk la plak memaki hamun tuhan lain teruk2 macam nie. Dah la tue,perli Tuhan kepada agama Rasmi Negara sendiri iaitu agama Islam. Kalau macam nie lah mak cik hidup. Saya dh xleyh nak wat pape dah. Biar lah mak cik menjawab sendiri di hari perhitungan nanti. Saya pon tak alim atau Hafiz tapi saya menghormati agama2 laen. Renung2 kan lah.








Aku x sanggup nak letak pictures atau perkataan yg diucapkan oleh makcik nie. Kalau korunk na tawu ape yg die tulis,click kat Link bawah nie.




AMARAN! ARTIKEL INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH ORANG MUSLIM YG LEMAH IMANNYA!

 http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/

1st time creating Fan Page! Hehehehe


"We play for fun! Once loss please don't leave..
Be proud as you are one of the player Of Dota as we are called DOTA'ers!.. So, if someone challenge, accept it and fight with honour.."


AHahaha, nothing to say, just.. Click this LINK and click "LIKE". Thank You!

Thursday, July 21, 2011

Bercuti ke P.Dickson! Cuti2 Form 6

AKTIVITI KEMASYARAKATAN+HOLLIDAY!



ahhh.. lame aku x citer ape aku wat sekarank nie kan. Hehehe,saje aku xnak share sebab kalau aku cakap nanti ade orang putar belitkan (aku pon pandai putar belit). Sepanjang aku tanam anggur kat umah nie, korunk ingt aku goyang kaki jew ke? Podah chit. Aku carik duit gakz, tapi gune care susah.. Huhuhu, kerja sementara kat 7 Eleven shift malam, and Menari.. Whoa! Menari ? Pandai ke aku menari?

Biler dh dapat duit mesti nk berbelanja kan, tah macam mane time Cikgu zetty post kan kat wall cakap " Shahzwi nk ikut ke PD x? " . Waaaaa, invitation ke P.Dickson some more. Tambah lak bersama dngn adik2 form 6 nie. Peh, bertambah semangat la kan. Hehehe (masalah kurang kawan  xD ).

so 16/Julai kami rombongan form 6 (termasuk aku ex form 6) bergerak ke P.D membawa satu hajat. KITA ENJOY!

Gambar sebelum bertolak. Menunggu aku yg lewat bangun and Iqbal yg beli Nasi Lemak. Ahahahaha, sengal nyer budak. Dah la beli kerang untuk sorunk! Lu tunggu aaa boboy!


Muka2 guru pengiring! Heheheh, ceria jew kan. 1st time aku tengok cikgu zetty wat tangan peace.Photobucket



Aktiviti pertama sekali! Aktiviti kemasyarakatan. Semua pelajar form 6 bersama-sama guru mengutip sampah di sepanjang jalan, tepi pantai and tempat2 yg sepatutnya. Best ooooooo... Hanye pelajar form 6 jew yg tawu perkara yg sebenar., HAHAHAHAHAHPhotobucket



Aku suke pictures nie! Macam satu family kowt . Gambar nie diambil selepas 45 minit mencarik sampah yg seolah-olah menghilangkan diri . Koe jaga koe sampah!Photobucket


Phew* Sampai pon kat Hotel. Tiara Beach Resort. While cikgu Maznah ngh kire2 pelajar and register, aku lak pi snapshot.. Hohohoho, bagus sngt la tue kan? Aku and hantu snap. Pantang nmpk kamera, hati pon bergelora nak bergambar.





Nielah aktiviti kitorunk waktu malam. Aku ingtkan aku dtg sbgi tetamu and bukan form 6 aku x kena wat persembahan nie. Sekali kene panggil daaa. Hahaha, dh la tue.. Kene, nyanyi plak. Hell. Kalau seminggu soh aku practices xpew gakz. Nie tros2 soh nyanyi. Korunk ase2 la kan, kalau perut korunk dah disumbat dngn 70+ kerang, 20+Sotong, 1 ayam, ikan bakar (pari), and air sejuk,. macam mane asenye korunk nak nyanyi? Mesti tahap suara korunk at the peak kan? Dah la Lirik pon aku lupe. Total annihilation. Nasib persembahan yg laen sume nyer best. Ade gakz la yg kelakar.. Ahahaha,persembahan 8 juta punye!



On da way nak balik ke rumah k! Well actually, ade lagi satu tempat lagi nk pergi b4 balik ke rumah, Teluk Kemang (tempat kitorunk kutip sampah semalam). But kali nie untuk tujuan laen plak. Nak shopping meyh. Budak perempuan, aku pon x paham. Aku xderk bende laen nk buat dah. Amek gambar jewla or rehat2 tepi pantai tue. nyaman jugakkan?Photobucket



Geng or should i kawan lepak. hehehehe,kitorunk tulis nama KAMA , nama budak paling ceria a.k.a terencat sikit. Ahahaha, kalau die adew mesti lagi best.. urm,bagi aku jewla kan.. orang laen bese jew. Hohohohoho

Tue lah die sinopsis novel 2 hari di Port Dickson karya Shahzwi Shahrul, sasterawan negara. LOL!. Overall, from 10, aku kasi 8.Memang best aktiviti die and aktiviti santai. The best part is the Hotel Water Park. Damn! Maen sampai muntah2. Hope, adewla lagi lawatan cmnie, tapi wat lah kat tempat laen plak. Kat Tioman kew,Langkawi kew, x pon an. Aku cadangkan Ladang Glengorie! Terbaik dari ladang!

Wednesday, July 20, 2011

Dulu Koe Perli, Sekarank Aku lak Perli!!



Teringat lagi aku peristiwa time form 6 dulu. Pada satu hari yg disinari matahari yg terik lagi menerikkan ditambah pula angin yg malu2 nak meniup,aku dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah berjalan kaki (hampeh nyer Van tinggalkan aku, baru lewat 10 minit! ), ade satu peristiwa yg agak menyakitkan hati berlaku. Sampai skarank aku still ingt benda tue sebab mmg mem"Begarkan" hati aku tol. 
Dah la aku berjalan kaki,mestilah nak orang tumpangkan,tapi xderk sorunk pon nak tumpangkan! Tapi ok lagi tue, biasa laa.. Sape suruh xderk lesen lagi time tue. Tapi yg xleyh tahan nyer, ade seorang Manusia nie (Pernah menjadi kawan kelas waktu tingkatan 3) bawak kreta kancil lalu sebelah aku and then die berhenti kat depan,adelah dalam 10 meter cmtu. Dalam hati aku cakap (Alhamdulillah,ade gakz orang nak tumpangkan). But the words then yg wat smpi skank aku xleyh lupe..
..
..
Manusia= Oi Dak skolah! Pe cer pakai baju sekolah. Lepas SPM pon masuk sekolah agi kew. Lawak la koe! Pe cer ko skank nie?!
..
Shahzwi= Haa, dak skolah? Otak koe. Aku Pra-U la.. Pakai Baju sekolah setahun setengah jew ok la tue sengal
..
Manusia=Koe pakai baju sekolah still sekolah la tue. Kesuma plak tue, bagak hina syial. Ahaha
..
Shahzwi= Bongok,hine pe nyer. Koe wat pe skank?
..
Manusia= Diploma in Business Study
..
Shahzwi= Eyh, tue bukan Pengajian Perniagaan kew? Aku belajar gakz!
..
Manusia= Yekew? maybe knowledge die kurank sket kot. Aku 6 sems habis la. Aritu mak cik aku suruh aku amik form 6 gakz. Tapi maleh ah, susah kot~ Kawan aku cakap abang die amik form 6, nk dapat c pon cam nak mampus.
..
Shahzwi= Ahahahah, die x belajar kot , k lah wei,. aku nak balik nie. Balik lewat kank Abah aku mengamuk plak.
..
Manusia= AHAHAHAHAHA. Awie dicu anak Abah agi upenye. Ingtkan dah berubah. aku pon nak balik umah nie,peace bro. jumpa kat Universiti (Die sebut U) nanti.
..
Sekali lagi, dengan hati menggelegak+angin panas menari kat seluruh badan+Jiwa muda yg panas baran, aku simpan benda nie smpi aku dapat U nanti. koe tunggu ah koe!
..
..
..
1 Year Later
..
..
Tahniah! Anda Telah Ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa Dengan Kepujian di universiti Sabah! Whats?! Ijazah?! Hooray... Aku nk jumpa koe balik la.. Ahahaha, Im 1 year Ahead of you now. And you know what, Your course is almost same with me, cume ade sedikit perbezaan. AKu nyer Antarabangsa! WAakakakakakaka. Benda nie ditujukan khas untuk koe! By the way, thanks sebab menyemarakkan api untuk aku belajar eyh. Kalau koe x cakap cmtu, aku dh lame berhenti form 6 pergi amik Diploma. 

~ Disebabkan pasni adew orang akan mengamuk,aku nk cakap satu jew.. Jangan hina pelajar yg mengambil STPM hanye disebabkan kitorunk ni pakai pakaian sekolah. Laen kali rasa dulu cmner rasenye menjadi form 6. It is one of the shortest , cheapes and easy way to get into University k! ~

Monday, July 18, 2011

Im Going To Sabah!

FURTHER STUDY


Selepas 7 bulan menanti. Selepas 7 bulan aku melalak,meraung,merentap, berkemban (agak2 la kan),keluar gakz result UPU.. Tapi.. Result die terpesong 99% dari jangkaan aku. Harapan yg menggunung untuk masuk ke UPSI untuk mengejar cita-cita menjadi seorang Pensyarah yakni Lecturer hancur .Sebab apew? Cube tengok results aku kat atas tue. KERAJAAN antar ke Sabah meyh. Mak aih, x sangka plak aku leyh dapat Sabah.

And yang paling aku x sangka aku dapat kursus subjek yang agak gerun untuk aku dengar PERNIAGAAN ANTARABANGSA (International Business). Dh la time STPM dulu aku salu tido time PP (Pengajian Perniagaan). Haish.. Tapi xpew, walaupun susah, aku akan cube untuk dapatkan segulung Ijazah untuk course nie. Sebab dulu pon aku ade gakz bercita-cita nak jadi business man.


Asenye,aku mesti ikut suratan takdir yg telah ditetapkan. Life must be go on. Hidup di perantauan orang mesti seronok. Lagipon Kamariah pon adew kat sane. Ahahahaha, bertambah semangat aku nak belajar. Joker a.k.a Gnome , always make me laugh with her stupid joke. Haa, kpd sesape yg kenal aku, dijemput dtg la ke rumah Raya ke-3 taw! Nak jumpa korunk sebelum berlepas. So,wish me safe on my journey k!


~Perantau~  Photobucket

Saturday, July 9, 2011

Tension Dengan Kerajaan dan Kempen "BERSIH"


Tension? Bengang ? Begar? Dan sewaktu dengannya ? jawapannya ye! Oit , kot ye pon nak halang perhimpunan BERSIH tue, xyah la smpi nk wat sport check kat setiap tempat. Nak jaga keselamatan? Perhimpunan Bersih tue ,asenye cam perhimpunan biasa jew kot. Yg susah nk pi gembar gembur macam nak darurat nie pe cer. Yg Barisan pembangkan nie pon satu. Nak buat perhimpunan besar2,pergi la buat kat Tempat yg x mengganggu orang awam. ye, mmg x mengganggu ketenteraman, tapi kalau dah polis masuk campur, tak kecoh namanye tue.

Apasal aku bising? Mane dak nyer, semalam jew, ade la dalam 4-5 kali kene sport check dngn polis. YOUR HEAD! Aku nak pergi beli barang Char Kuew Teow & McDonald pon kene tahan? Ini sudah lebih,. pastu waktu malam, serbu Cyber Cafe. Yang nie aku x kesah sngt, mmg polis kene selalu serbu pon check budak2 bawah umur, tapi yg aku begar nye serbu macam CC tue tempat maksiat pulak. Last2, xderk sorunk kene tahan. Yang pakai baju kuning kene tanye soklan macam2,aku lak kene tanye skolah mana. "Bang, saya dah habis sekolah and kalau nak tanye saya join parti BERSIH mmg x masuk pon sebab saya BEBAS"

Peh, memang sakit hati semalam. Kali ke-5 aku kene tahan time nak balik. Singgah McDonald skejap,beli GCB. Urm Nyum2* Sampai kat traffic light Bandar Rinching tetiba.. (Siren polis). Terpaksa la tolak motor ketepi. Ingatkan nak tanye pasal lesen or Route tax, tapi sayang skali sumenye salah. "Dik, nape keluar tengah malam nie? Nie on the way nak pergi ke Kuala Lumpur nak join perhimpunan bersih kew? (WTF? Aku pakai baju wira adik aku la weyh. X nampak ke lambang sekolah tue). Selesai jew sesi soal jawab, terus aku pecut balik ke rumah. Sumpah, arini sampai la esok xnak aku keluar. Sebab apew?
1) Polis Menyakitkan Hati
2)Polis Menyusahkan
3)Asyik Kene Tahan je!
4)Perhimpunan Bersih Stilll On (Undang2 Diperketatkan)
5)Aku x suke politik2 nie! (sumenye x munasabah)

Hope cepat la habis. And please~ Jangan susahkan rakyat. korunk nak gadoh, pi maen jauh2 la.. Xyah libatkan kami nie!

Friday, July 8, 2011

Biler Orang Mule Berjiwang, pasti diiringi Muzik!


MADDI JANE Photobucket

Once again, for the 4th time, Im Falling in love again. Not with Maddi Jane, but another girls. Ahhhh, actually,. I really hate this feeling. It makes me feel awkward. Can you please just go away?! Please~ I can't bear it! Its just come and go whenever it want. This times, I don't know why, but this girls kinda give some hope to me. To be precise, Im not confidence that I can get her love, but this little brain of mine keep yelling and yelling says " go shahzwi, or you will regret like your 1st,2nd, & 3rd time of love.. All fail due to my late actions. Can you just shut up brain. Its up to me what to do. Hohhohoho.. Haaa, i need to get some music, love music if can. wink2*



ROLLONG IN THE DEEP-Adele (Cover by Maddi Jane)


I wonder if there's still hope .If I call her, would she listen? Im worried about her answer. I fear a response of no. Its never over till its over.
Photobucket

~Bak kate Erul, Saranghae~ Bak kate Maharma Gandhi, Eppotu ninkal oru etiriyai. Anpai kankar~ Bak kate aku, YOU ARE THE ONE
Photobucket

Saturday, July 2, 2011

Hari Kerjaya !


MY LAST DAY AS A TEACHER DIARY!

29/6/2011 = Catatan terakhir kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma sebagai guru ganti.

Tapi kan, walaupun hari terakhir, best gakz sebab adew hari Kerjaya. Hahahaha,berniaga sakan sampai x ingat dunia. Tambah lak dengan pembantu2 yg cakap lebih dari menjual (syarmeen),pembancuh air tawar (Haziq Haiqal),tester minuman (Nasrin Dayana) dan cikgu yg asyik makan (aku lah tue). Havoc habis time tue. Walau jual secara kecil-kecilan, tapi untung tetap adew. Yang lawak nyer, pas lepas jew untung tue melebihi kos modal, macam2 offer keluar..

10.00 A.M :- air ! air ! 1 seringgit !
  3.00 P.M :- air ! air ! 1 50 sen ! 
  5.00 P.M :- air ! air ! free! free ! 


Hahaha,nie sume dak2 nie nyer kerja ah nie. mentang2 dah untung dah malas nak jual. Wateva~ Bagi aku la, thats one of my best day kat Kesuma. Hope my students and adik2 yg tolong waktu jualan tue don't forget that moment k! ^_^ 


Nie lah moment yg paling best tue. macam2 ragam2  -.-Hahahaa, ape2 pon.. Bye2!





Photobucket



HARI KERJAYA ^_^










Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...