Wednesday, December 17, 2014

Jom kenali sampah..

SAMPAH..OOOO..SAMPAH



Ok , hari ni aku nak bawa korunk kenali rakan atau teman manusia selagi kita hidup dekat muka bumi ni, sampah. Selagi manusia hidup, selagi tu akan ada sampah.

Seperti yang tertera kat atas, aku bahagikan sampah ni kepada tiga bahagian. Teori Shahzwi (17 Disember,2014). Apahal tetiba nak cakap pasal sampah? Sebab ada la sebahagian makhluk ni tak tahu apa die tong sampah.



Sampah Atasan
Selalunya sampah ni wujud akibat daripada penggunaaan manusia. Sampah ni digelar sampah-sarap. Habis pakai, kita buang. Yups that's it. Sebab tu kerajaan wujudkan 3 tong sampah ni untuk kegunaan kita buang sampah jenis "aluminium", "kertas", dan "plastik".



Sampah Pertengahan
Ni sampah yang selalu disebut-disebut oleh kerajaan ataupun masyarakat setempat. Mereka dipanggil "Sampah masyarakat". Siapa mereka? Mereka adalah golongan yang tidak memberikan sumbangan kepada negara ,tetapi merosakkan imej negara, mencalarkan maruah mereka, serta masyarakat setempat malah mampu menggugat ketenteraman awam.

1) Penagih dadah
2) Pembunuh
3) Penjual Dadah
4) Pelacur
5) Pelaku Vandalisme
6) Pencuri Kabel Elektrik
7) dan sebagainya... (jenguh la kalau aku nak taip semua kan)

Tapi, jangan kita asyik mengherdik mereka. Berikan dorongan supaya mereka boleh berubah. Doakan supaya mereka diberikan hidayah. Kalau tak ngam jugak, beduk sikit suppaya mereka sedar. Sikit jew~




Sampah Bawahan
Ni golongan sampah paling aku benci. Takda otak punya orang. Ni adalah golongan "Sampah" pertengahan yang buang "Sampah"atasan kat motor aku. Seriously? Bakul motor aku?


Cube korunk usha sedikit. Ada nampak simbol recycle or simbol "plastik,kertas,glass, aluminium, ataupun organik" dekat bakul motor aku meyh? Ade? Komfem la tak ada kan. Tapi atas dasar rasional masuk air, there is a rubbish on my bike basket. Kamu memang deserve untuk dapat title "Sampah Bawahan".


"Ade nampak simbol ni kat motor aku?"


P/S : A lesson to be learned~

Friday, December 12, 2014

Apabila Lelaki tidak hormat Wanita



Keadilan? Ataupun Penindasan?
Dalam kita asyik dengar orang gembar gemburkan lelaki asyik dera,pukul,jentik (ade ke keluar berita), simbah asid terhadap wanita, satu benda kita terlepas pandang. Kadang-kadang setiap perkara takkan berlaku tanpa ada pencetus. Bakal lepas ni ada wanita cakap "Hey, jadi you nak tuduh kami kaum wanita yang mulakan dulu!". Kemon la. I said Kadang-kadang walaupun aku boleh cakap almost 65% of the cases yang masuk paper tu semua bermula dari wanita.

1. Kes seorang wanita kene simbah asid oleh suami sebab curang
2. Seorang wanita kene streka muka apabila teman lelaki berasa jealous
3. Seorang pelajar sekolah menengah wanita dipukul oleh pelajar lelaki kerana mulut celupar

See? When there is a trigger, there is a fire. Walaupun ada melampau, but please. Kepada semua wanita, tolong jangan anggap lelaki adalah kayu, ataupun batak or bank money. (Tibojoh).

Moral of the story, jangan sebarang tuduh or cepat percaya kepada semua khabar angin. Selidik dahulu ianya salah siapa. Walaupun tindakan yang dilakukan adalah melampau. We can assume both parties bersalah.

Nasihat saya:

1. Jaga percakapan
2. Jaga hati orang
3. Jangan permainkan orang
4. Bercakap terus terang (yang ini susah sikit sebab kadang-kadang clash dengan konsep jaga hati orang)
5. Jaga pemakaian (Faham-faham jewla. Anda dah dewasa xD)
6. Sentiasa alert
7. Sentiasa meminta maaf andai tersilap
8. Sentiasa memaafkan :)

P/S : Ingat, hukuman adalah berat .. LOL!!

Friday, October 17, 2014

Peluang Kerjaya Baru?

TIM BODYCARE TRAINING CENTRE


Kalau dahulu, kita asyik dengar 'franchise makanan', 'franchise butik', ataupun 'franchise barang kesihatan', kali ni kita berkenalan pula dengan franchise baru, yang makin berkembang. Seringkali kita dengar urutan tradisional di kampung-kampung, dan juga urutan kontemporari di Spa-spa yang selalu berada di hotel. Bila bercakap pasal Spa, terngiang-ngiang dekat kepala hanya orang kaya sahaja yang mampu pergi ke spa. Tim Bodycare Training Centre telah berjaya buktikan kepada orang ramai bahawa, urutan tradisional juga mampu diangkat sebagai sebuah perniagaan.

Jom kita selidik, apa sebenarnya pakej yang ditawarkan oleh organisasi ni.


Urutan Kecederaan Sukan


Pakej ni adalah untuk atlit atau mana-mana jewlah manusia yang kuat bersukan dan menglami kesakitan akibat latihan yang berlebihan. Urutan pakej in dapat membantu mengurangkan ketegangan sendi, melegakan badan, meningkatkan ketahanan badan dan seterusnya membantu dalam pencegahan kesakitan dan menghalang kecederaan lama berulang.





Urutan Kepala, Leher, dan Bahu


Dalam banyak-banyak pakej, nilah pakej yang paling fleksibel. boleh dibuat di bangku, kerusi, sofa atau dimana jua yang anda rasa selesa. Kalau aku, mungkin dekat depan kerusi komputer la kowt. Anyway, urutan ni dikatakan menyegarkan dan dapat menceriakan hari anda . Selepas urutan, and dijamin bertahan sepanjang hari.




Terapi Urutan


Pakej untuk orang kaya. Hahahaa. Gurau2. Pakej ni adalah pakej paling istimewa sebab ini adalah urutan terapi yang merawat badan. Sibuk kerja?, tak ada masa?, sakit badan sentiasa?. Tunggu apa lagi, pergi lah rawat badan anda yang penuh dengan toksik dan lemak tu dengan urutan terapi ni yang jangka masanya antara 1-2 jam bergaantung kepada berapa lama anda mahu.





Ada lagi yang lain, tetapi ada satu benda yang menarik minat admin. Tim Bodycare Traiing Centre menawarkan pakej untuk orang ramai sertai. Maka, aku pun mula membuat kajian tentang TBT ni. Hasil dapatan kajian? Tadaa..





























Kalau nak besar lagi, Click Gambar ye

So, kalau ada yang berminat nak buka franchais urutan terapi jangan lepaskan peluang. Urutan pun sudah jadi perniagaan professional. Dari masuk skim yang pelik-pelik dan dapatkan "anak buah/link", baik buat perkhidmatan urutan terapi yang segar lagi menyihatkan.

P/S : Kalau muslimah nak pergi pun tak ada masalah, Sebab organisasi ini ada sediakan perkhidmatan Muslimah SPA.

Friday, May 30, 2014

Aku tak suka "Pembawa Mulut"




Ladies and gentleman. Dalam banyak-banyak benda yang aku tak suka, pembawa mulut ni yang paling aku tak gemar.


Ok, sebelum kita mula, Assalamualaikum semua.. Ramai yang duk selalu bukak blog aku ni da mnyampah bile tengok asyik macam mana nak mengurat macam la aku nie perfect kan?….wa amat sory ah beb. Komitmen aku ke arah bnde lain smenjak due menjak ni. Huuuuu… Nak tahu x kenape? Tak tyah….wakakakakakaa….
Kali ni aku nk membebel pasal satu benda yang menjadi kegilaan universiti yang dipenuhi dengan pancaroba. Pak pandir dan mak andih yang suka menjaja cerita sampai boleh bawa gaduh atau putus kawan.
Kalau ditengok dari aspek positif….memangla ade.Tak semua bnde tu negatif je blake. Jom tengok ape effect die kalau korunk semua jadi "Pembawa Cerita" or sedang "deal" with pembawa cerita.

Positif :
      1. Korunk akan famous tetiba (bagi yang dijaja ceritanya)
      2. Korunk akan dengar banyak cerita "best" dekat telinga(bagi yang mendengar cerita)


Negatif:
  1. Korunk dah mule terjebak kat budaya "Umpat"ing.
  2. Korunk dah pandai buat cerita.
  3. Korunk dah mule buat geng korunk sndiri (geng untuk menjaja cerita).
  4. Hubungan Persahabatan makin rengang.
  5. Someone akan sakit hati gile hingga ke tahap kritikal
  6. Boleh ganggu pelajaran
  7. Buat orang mnyampah dengan tengok diorang.
Lets say. Kalau ade perkara yang patut korunk selesaikan antara "kamu" dan dia. Better selesaikan je secara privasi. Xyah la jaja cerita. Sebab boleh melibatkan orang ketiga atau pon orang keempat. Tak mustahil orang yang ke 16 pon boleh terlibat. Elok-elok tak ade kaitan, kawan punya pasal semua terjebak. Ni lah masalah-masalah mahasiswa kat Universiti ni kengkadang. Suka sangat buat "drama" yang menyusahkan diri.

Insaflah wei~

Sunday, March 30, 2014

Trens Zaman Sekarang~ Realiti


Entri hari ni, xdewla berat sangat, cuma nak bercerita dengan trend2 yang "TERKINI". Apewla kunun trend terkini. Jom kita listkan

1) Selfie
2) Update Status Jiwang (Every minute, every hour, every day)


1) SELFIE

Ok bagi yang tak tahu (Wiss la xdew yang tak tahu kan), selfie ni merujuk kepada self-shot tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Which means, si penangkap gambar akan masuk sekali dalam gambar yang ditangkap. Bagi pengguna android phone yang xdew 360 camera. Korunk pandai2 la adjust macam aku. Hahahaha. anyway, selfie ni dah jadi macam satu fenomena dekat malaysia. Ade yang tangkap gambar pelik2 pon ade. Sampai ada kajian dibuat beb. Hahahaha proffesor pon nak nama kan. Nak taw tak apa hasil kajian Prof / Doktor tue? Ha Cube bace artikel ni....





2) UPDATE STATUS JIWANG


Ok , First of all.. Aku x cakap nk bercinta salah. malah , update status pon hak anda. Tapi kalau dah 24 jam asyik nampak benda yang sama, cuma madah berlainan, dan ditujukan dekat orang yang sama. Korunk tak rase.. hurm.. pelik meyh? Nak delete dari friends, kawan plak. Sabar jewla kan. Banyak Facebookers ade dilemma ni. Kita ni nak bace status tentang (what you do, and where you are ). So, xdewla asyik2 dengan benda cinta. Baik aku baca buku William Shakespeare. Adewla juga ilmiah sikit.. hahahahaha
Ouh ye, anyway before korunk pergi tidur, jom sakitkan mata korunk lagi dengan status cinta yang kedua.

P/S : Diambil dari sources yang dipercayai.. LOL




P/S : Makin lama, makin terikut aku dengan benda alah ni yang korunk panggil "TREND". Nasib aku tak tergolong dalam kumpulan kedua (Update status Jiwang) tu.. Hahahahaha. Seminggu sekali je pon .. :P

#Selfie
#Ridiculous

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...