Wednesday, September 30, 2015

Menanti Detik Konvokasi

ALHAMDULILLAH

4 Tahun berjuang, akhirnya masa yang dinantikan hampir tiba. Bila difikirkan kembali, banyak sudah diri ni tempuhi.

...Teringat ketika tahun satu dahulu, buat kerja pinjam laptop kawan selama 1 tahun
...Teringat ketika di tahun dua, untuk pertama kali gagal dalam mata pelajaran.
...Teringat terpaksa menolak motor dari bukit bendera dekat Kota Kinabalu ke kedai motor terdekat
...Teringat bila untuk kali pertama luahkan frasa "cinta" secara berhadapan
...Teringat bila mahu makan, terpaksa ikat perut RM 3 sehari selama 2 bulan
...Teringat dekat poket ade RM 5, dan kawan tak ada duit. Share2 makan.
...Teringat terpaksa menolak kereta beramai-ramai dekat Beaufort sejauh 3KM untuk ke kedai kereta
...Teringat untuk pertama kali masuk Debat dan untuk pertama kali suka berdebat
...Teringat lagi untuk pertama kali , diri ini sanggup merantau jauh demi seseorang akhirnya orang tersebut merantau ke tempat lain.
...Teringat tatkala terlepas peperiksaan akhir Sem,selepas berhempas pulas belajar malam

All this memories make me strong for each day pass. Kata orang biar banyak gagal, asalkan kegagalan tersebut dijadikan tangga untuk kejayaan. ^_^

Setelah 4 tahun berhempas pulas, dek kerana leka dengan duniawi, akhirnya berjaya juga capai matlamat. Sekarang , hanya perlu bersedia untuk dunia pekerjaan pula.

Kepada yang sentiasa memandang rendah, keep it up. Orang melayu memang begitu. Kalau diteruskan perangai tu, memang tak kan kemana. 21-23 November, Kan kunantikan kehadiranmu <3 p="">
Sekian,
Yang Bergembira dan Suka Cita

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...