Monday, April 17, 2017

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am


Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Hang tak da kesabaran hang pi terjun laut lagi baguih. Anyway, sekarang dah jadi eksekutif jualan dan pemasaran dekat tempat baru , bertambah lagi beban kerja.

Nampak tak senyuman atas tu. Fake semata-mata. LoL. Tapi takpe chill. Kita orang muda jangan diikutkan sangat darah muda. Just follow the flow, and gain experience as much as you can. Cukup duit , hah! Jalan terus aaaa Majlis~

Krik3~

Hidup zaman najib ni , satu je nak pesan. Jangan memilih sangat kerja. Take the chance and grab it. Kepada client tupperware, tahun ni saya buat sales special. Nanti jangan lupa datang rumah time Ramadhan kalau nak tupperware untuk kuih raya. Abang bermurah hati tahun ni. Harga kasi cun~

Dan kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak kat luar sana yang mengenali diri ni. Hah mohon jangan segan dan jangan silu untuk pm k? Aku da lama tak contact korang bukan bermaksud da lupa. Cuma takde masa. Heh~

Yang Benar,

Encik Muhammad
Perantau~

Friday, December 16, 2016

Just Thinking






When we were young, our parents always nudged us, regarding what we wanted to become when we grew up...

Our answers always ranged from the Prime Minister Of Malaysia, to the Astronaut probably sitting on the moon right then, or well in my case, a doctor....

When we were nine or probably ten, they asked us again...
And surprisingly our answers changed to a wide extent!
Now we wanted to become a rock star, a cowboy, a model or well in my case a Teacher...

And now that we have grown up, the question strangely still remains the same. But this time everyone is search of a serious answer...

Well how about this - "Who the hell knows?"

I learned from someone, that this isn't the time to make hard and fast decisions of life. Rather its the time to make as many mistakes as possible!
Catching the wrong train, reaching the entirely wrong destination and getting stuck there for hours and hours..
Falling in love - as much as anyone can even imagine..
Doing a Major in Philosophy 'cause there is no way to make a career out of that!
Changing your mind, 10,000 times a day,
And then changing it again..
And then changing it bloody once again!
Because nothing on this planet is permanent. Nothing at all!

So lets make as many mistakes as possible, so that, someday in the future, when they again ask us the same question, then we wont have to shoot anything in the darkness by making guesses but till then probably we'll know the answer!

Wednesday, September 30, 2015

Menanti Detik Konvokasi

ALHAMDULILLAH

4 Tahun berjuang, akhirnya masa yang dinantikan hampir tiba. Bila difikirkan kembali, banyak sudah diri ni tempuhi.

...Teringat ketika tahun satu dahulu, buat kerja pinjam laptop kawan selama 1 tahun
...Teringat ketika di tahun dua, untuk pertama kali gagal dalam mata pelajaran.
...Teringat terpaksa menolak motor dari bukit bendera dekat Kota Kinabalu ke kedai motor terdekat
...Teringat bila untuk kali pertama luahkan frasa "cinta" secara berhadapan
...Teringat bila mahu makan, terpaksa ikat perut RM 3 sehari selama 2 bulan
...Teringat dekat poket ade RM 5, dan kawan tak ada duit. Share2 makan.
...Teringat terpaksa menolak kereta beramai-ramai dekat Beaufort sejauh 3KM untuk ke kedai kereta
...Teringat untuk pertama kali masuk Debat dan untuk pertama kali suka berdebat
...Teringat lagi untuk pertama kali , diri ini sanggup merantau jauh demi seseorang akhirnya orang tersebut merantau ke tempat lain.
...Teringat tatkala terlepas peperiksaan akhir Sem,selepas berhempas pulas belajar malam

All this memories make me strong for each day pass. Kata orang biar banyak gagal, asalkan kegagalan tersebut dijadikan tangga untuk kejayaan. ^_^

Setelah 4 tahun berhempas pulas, dek kerana leka dengan duniawi, akhirnya berjaya juga capai matlamat. Sekarang , hanya perlu bersedia untuk dunia pekerjaan pula.

Kepada yang sentiasa memandang rendah, keep it up. Orang melayu memang begitu. Kalau diteruskan perangai tu, memang tak kan kemana. 21-23 November, Kan kunantikan kehadiranmu <3 p="">
Sekian,
Yang Bergembira dan Suka Cita

Friday, January 2, 2015

Matang

ANDA MATANG?


Ok, entri kali ni lebih kepada pendedahan atau perkongsian. Seringkali terdengar orang bertanya "Bila nak matang", "kau ni , x matang langsung". Ok, apa pemahaman korunk tentang matang? Aku ade pemahaman sendiri, dan ade jugak lah aku buat research tentang pemahaman matang masyarakat kita. Ouh yeah.


Pemahaman Aku:
1. Bijak dalam membuat keputusan (make a right choice)
2. Serius pada tempatnya ( Kerja, perbincangan,mesyuarat,etc)

Pemahaman masyarakat:
1. Jangan jadi macam budak-budak (hu ha hu ha macam budak sekolah)
2. Jangan bergurau senda sangat
3. Act like an adult (serius sepanjang masa)
4. Update status FB mesti pasal feeling
5. Never,ever update about a cat if you are guys ( korunk akan dikecam tak matang, hahahahaha)
6. Bila bergambar, muka mesti serious, tak boleh senyum sedikit pun


Seriously, ni lah persepsi masyarakat kita dekat sekarank tentang matang. Tak percaya? Suruh lelaki update pasal kucing selama seinggu and see the reaction.

P/S: Dalam islam, matang adalah apabila seseorang itu tahu membezakan hak dan batil iaitu tahu membezakan yang salah dan betul. Sekadar Perkongsian

Wednesday, December 17, 2014

Jom kenali sampah..

SAMPAH..OOOO..SAMPAH



Ok , hari ni aku nak bawa korunk kenali rakan atau teman manusia selagi kita hidup dekat muka bumi ni, sampah. Selagi manusia hidup, selagi tu akan ada sampah.

Seperti yang tertera kat atas, aku bahagikan sampah ni kepada tiga bahagian. Teori Shahzwi (17 Disember,2014). Apahal tetiba nak cakap pasal sampah? Sebab ada la sebahagian makhluk ni tak tahu apa die tong sampah.



Sampah Atasan
Selalunya sampah ni wujud akibat daripada penggunaaan manusia. Sampah ni digelar sampah-sarap. Habis pakai, kita buang. Yups that's it. Sebab tu kerajaan wujudkan 3 tong sampah ni untuk kegunaan kita buang sampah jenis "aluminium", "kertas", dan "plastik".



Sampah Pertengahan
Ni sampah yang selalu disebut-disebut oleh kerajaan ataupun masyarakat setempat. Mereka dipanggil "Sampah masyarakat". Siapa mereka? Mereka adalah golongan yang tidak memberikan sumbangan kepada negara ,tetapi merosakkan imej negara, mencalarkan maruah mereka, serta masyarakat setempat malah mampu menggugat ketenteraman awam.

1) Penagih dadah
2) Pembunuh
3) Penjual Dadah
4) Pelacur
5) Pelaku Vandalisme
6) Pencuri Kabel Elektrik
7) dan sebagainya... (jenguh la kalau aku nak taip semua kan)

Tapi, jangan kita asyik mengherdik mereka. Berikan dorongan supaya mereka boleh berubah. Doakan supaya mereka diberikan hidayah. Kalau tak ngam jugak, beduk sikit suppaya mereka sedar. Sikit jew~




Sampah Bawahan
Ni golongan sampah paling aku benci. Takda otak punya orang. Ni adalah golongan "Sampah" pertengahan yang buang "Sampah"atasan kat motor aku. Seriously? Bakul motor aku?


Cube korunk usha sedikit. Ada nampak simbol recycle or simbol "plastik,kertas,glass, aluminium, ataupun organik" dekat bakul motor aku meyh? Ade? Komfem la tak ada kan. Tapi atas dasar rasional masuk air, there is a rubbish on my bike basket. Kamu memang deserve untuk dapat title "Sampah Bawahan".


"Ade nampak simbol ni kat motor aku?"


P/S : A lesson to be learned~

Friday, December 12, 2014

Apabila Lelaki tidak hormat Wanita



Keadilan? Ataupun Penindasan?
Dalam kita asyik dengar orang gembar gemburkan lelaki asyik dera,pukul,jentik (ade ke keluar berita), simbah asid terhadap wanita, satu benda kita terlepas pandang. Kadang-kadang setiap perkara takkan berlaku tanpa ada pencetus. Bakal lepas ni ada wanita cakap "Hey, jadi you nak tuduh kami kaum wanita yang mulakan dulu!". Kemon la. I said Kadang-kadang walaupun aku boleh cakap almost 65% of the cases yang masuk paper tu semua bermula dari wanita.

1. Kes seorang wanita kene simbah asid oleh suami sebab curang
2. Seorang wanita kene streka muka apabila teman lelaki berasa jealous
3. Seorang pelajar sekolah menengah wanita dipukul oleh pelajar lelaki kerana mulut celupar

See? When there is a trigger, there is a fire. Walaupun ada melampau, but please. Kepada semua wanita, tolong jangan anggap lelaki adalah kayu, ataupun batak or bank money. (Tibojoh).

Moral of the story, jangan sebarang tuduh or cepat percaya kepada semua khabar angin. Selidik dahulu ianya salah siapa. Walaupun tindakan yang dilakukan adalah melampau. We can assume both parties bersalah.

Nasihat saya:

1. Jaga percakapan
2. Jaga hati orang
3. Jangan permainkan orang
4. Bercakap terus terang (yang ini susah sikit sebab kadang-kadang clash dengan konsep jaga hati orang)
5. Jaga pemakaian (Faham-faham jewla. Anda dah dewasa xD)
6. Sentiasa alert
7. Sentiasa meminta maaf andai tersilap
8. Sentiasa memaafkan :)

P/S : Ingat, hukuman adalah berat .. LOL!!

Friday, October 17, 2014

Peluang Kerjaya Baru?

TIM BODYCARE TRAINING CENTRE


Kalau dahulu, kita asyik dengar 'franchise makanan', 'franchise butik', ataupun 'franchise barang kesihatan', kali ni kita berkenalan pula dengan franchise baru, yang makin berkembang. Seringkali kita dengar urutan tradisional di kampung-kampung, dan juga urutan kontemporari di Spa-spa yang selalu berada di hotel. Bila bercakap pasal Spa, terngiang-ngiang dekat kepala hanya orang kaya sahaja yang mampu pergi ke spa. Tim Bodycare Training Centre telah berjaya buktikan kepada orang ramai bahawa, urutan tradisional juga mampu diangkat sebagai sebuah perniagaan.

Jom kita selidik, apa sebenarnya pakej yang ditawarkan oleh organisasi ni.


Urutan Kecederaan Sukan


Pakej ni adalah untuk atlit atau mana-mana jewlah manusia yang kuat bersukan dan menglami kesakitan akibat latihan yang berlebihan. Urutan pakej in dapat membantu mengurangkan ketegangan sendi, melegakan badan, meningkatkan ketahanan badan dan seterusnya membantu dalam pencegahan kesakitan dan menghalang kecederaan lama berulang.





Urutan Kepala, Leher, dan Bahu


Dalam banyak-banyak pakej, nilah pakej yang paling fleksibel. boleh dibuat di bangku, kerusi, sofa atau dimana jua yang anda rasa selesa. Kalau aku, mungkin dekat depan kerusi komputer la kowt. Anyway, urutan ni dikatakan menyegarkan dan dapat menceriakan hari anda . Selepas urutan, and dijamin bertahan sepanjang hari.




Terapi Urutan


Pakej untuk orang kaya. Hahahaa. Gurau2. Pakej ni adalah pakej paling istimewa sebab ini adalah urutan terapi yang merawat badan. Sibuk kerja?, tak ada masa?, sakit badan sentiasa?. Tunggu apa lagi, pergi lah rawat badan anda yang penuh dengan toksik dan lemak tu dengan urutan terapi ni yang jangka masanya antara 1-2 jam bergaantung kepada berapa lama anda mahu.





Ada lagi yang lain, tetapi ada satu benda yang menarik minat admin. Tim Bodycare Traiing Centre menawarkan pakej untuk orang ramai sertai. Maka, aku pun mula membuat kajian tentang TBT ni. Hasil dapatan kajian? Tadaa..





























Kalau nak besar lagi, Click Gambar ye

So, kalau ada yang berminat nak buka franchais urutan terapi jangan lepaskan peluang. Urutan pun sudah jadi perniagaan professional. Dari masuk skim yang pelik-pelik dan dapatkan "anak buah/link", baik buat perkhidmatan urutan terapi yang segar lagi menyihatkan.

P/S : Kalau muslimah nak pergi pun tak ada masalah, Sebab organisasi ini ada sediakan perkhidmatan Muslimah SPA.

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...