Tuesday, December 27, 2011

Jenis Lelaki Dan Tabiatnya -> Part 1



Letih+jenguh aku asyik nak jawab pertanyaan dak2 nie. Mentang2 aku tulis doktor cinta, bertalu korunk tanya "cmner nak tackle lelaki cmnie eyh"? Come on, do it your way la. Haiyo. Well, kalau korunk nak taw sngt, ade 5 kategori lelaki setakat yang aku taw la.

Lima? Yups, lima. Ape yang lima tue? Hahaahha

Bace la eyh, adik2 aku pon aku kategorikan ikut 5 benda nie.

Shahzwan --> Sportman
Shahzwin  --> Sportman




1) Rock star

Lelaki jenis ni adalah jenis yang rileks, berfikiran terbuka, sangat suka muzik, dalam hidup dia muzik adalah segala-galanya, jenis rock star tegar yang akan hafal nama-nama band underground di satu-satu kawasan tempatan.

Kalau korang sebut Newboyz, scoin, justin bieber dan budak kacamata cepat-cepat diorang ni akan menjuihkan mulut dan buat muka meluat.

Seharusnya diorang ni akan menunjukkan kehebatan dengan tau pasal info-info band yang bukan mainstream, kalau zaman aku sekolah menengah dulu, seboleh-boleh diorang nak sebut carburetor dung, dead mushroom, OAG dan macam-macam lagi lah.

Dan diorang akan rasa kecewa kalau band-band underground/alternative/ indie pujaan diorang mula memasuki mainstream, kekecewaan tu kerana diorang takut akan digelar poseur bersama-sama dengan peminat-peminat majoriti.

" woi woi, sedap gila ahh lagu Linkin Park, aku minat gila wehh"

" Hek eleh, aku 2 tahun lepas lagi dah dengar dorang, masa tu dorang belum famous lagi, tapi skrg aku malas ahh nak follow diorang dah, baik aku layan SOAD!"

" Hahahaha buruk gila nama soad, dah macam bunyi Pak Sood, kau ni ketinggalan zaman la jep, linkin park ngan limp bizkit la baru cara"

" huuuhh poseur! kalau taktau takyah cakap, tu System of A Down, ko mana tau benda-benda macam ni, ko geng eddie hamid!"

Rockstar akan minat gila kat gitar, layan band music, gig, live band, dan suka tengok MTV live concert, diorang juga suka lepak dekat kedai kaset (zaman dulu) dan bagi diorang tak makan kenyang pun takpe, asalkan puas dapat pergi jamming.

Awek kepada rockstar toksah risau kalau diorang hilang tanpa dikesan, korang boleh cari diorang dekat studio jamming, lepak rumah bujang kawan atau pun diorang lepak Holiday Inn Subang Jaya gi dengar live band sorang-sorang sambil minum fresh oren RM 9.00 segelas.

Kalau korang nak ambil hati pakwe rockstar korang, korang boleh mula dengan belikan pick atau tali gitar Ernie ball untuk hadiah birthday diorang, ataupun bila lepak-lepak minum sesekali cuba sebut nama-nama band underground, dan percayalah diorang akan impressed dan terharu dengan usaha tu.

" Shah,Shah, eh u tau tak, semalam kan masa i nak tidur kan, i dengar bunyi sayup-sayup gitar electric jiran i tau, tapi i jarang dengar la lagu tu kat hot fm, hitz pun tak pernah tau!"

" ye ke ucuk? macam mana bunyi dia ucuk, cuba humming sikit Shah nak dengar"

" ermmm takyah humming la, i tau lagu tu, tak salah i stairway to heaven, pink floyd kot"

"wahh terernya ucuk, tau gak ucuk eh? but Shah rasa bukan pink floyd, tapi Led Zappelin, Jimmy Page tu legend tu cuk..kalau dia solo perrghhh.... otai gila. Takpe-takpe nanti abang men lagu tu tuk ucuk ye "

" yeayyy, sayang abang!"

Tapi disebabkan rockstar ni terlalu mencintai dunia muzik, diorang cenderung untuk cari awek yang sekufu jugak, selalunya diorang akan kapel dengan gig chic, gadis yg suka live band dan at least gadis yang mencintai muzik yuna instead of tudung dia.

Bab jiwang? bab jiwang jangan risau, tak boleh lawan beb, muka ganas, jari kematu pegang tali gitar, tshirt jeans bundel, tengkorak lanun semua ada, tapi hati Ibnor Reza!" rock star sangat menghargai awek dan diorang jarang nak curang kalau dah cinta gila ngan awek dia.

So gurls kena la appreciate kesetiaan diorang, jangan tuduh diorang nak ngorat kawan-kawan band diorang pulak nanti.


********************************

2) Sportsman

Sportsman pulak adalah golongan yang mencintai sukan, antara ciri-ciri sportsman adalah diorang akan komited dengan jadual sukan diorang secara mingguan.

Jadual sportsman pergi bersukan selalunya berselang satu hari dalam seminggu, contohnya kalau dia main badminton dia akan ada fixed jadual, iaitu Isnin, Rabu, Jumaat. kalau bola pulak mungkin petang khamis dan Sabtu.

Sebabnya diorang buat jadual selang-selang untuk bagi badan recover dari penat, dapat spend diri untuk buat aktiviti lain, spend masa dengan family dan awek. bagi the real sportsman diorang jarang la nak bersukan tiap-tiap hari, kalau dah tiap-tiap hari tu dah boleh ngalahkan professional athlete dah tu.

Ramai orang samada lelaki dan perempuan yang keliru antara sportsman dan sports fan. sebenarnya perbezaannya agak besar la jugak walaupun nampak macam nak serupa. aku selalu teringat skrip filem apa tah aku lupa ;

" Are you doing or watching sports?"

" i am doing sports not watch it" (kata si heroin yang dingorat kat central park Newyork)

Sports Fan selalunya akan obses dan fanatik terhadap game atau team yang dia sokong, dia boleh hafal semua nama player Manchester United dari goal keeper, defender sampai striker, sampai coach, pembantu coach, pemain simpanan, dan at least manager and 3 former managers.(Adik aku Shahzwan dengan Shahzwin adalah antaranya)

Sebaliknya, football player (sportsman) dia ambik tau jugak pasal team bola tapi tak secara precise dan detail. kadang-kadang tu siap tak tau lagi yang David beckham dah pindah Real Madrid. kadang-kadang orang tengah sembang pasal Christiano Ronaldo, dia boleh bantai hentam Ronaldo Brazil.

Bagi lelaki jenis sportsman diorang akan ambik berat terhadap sports equipment macam berapa tegang tali reket yang optimum dan terbaik untuk bermain secara defensive ke attacking ke, akan tau brand reket, tali, kasut dan segala macam, bagi yang main bola pulak, diorang tau shin pad mana yang bagus, but bola mana yang sesuai tuk main kat padang itu padang ini, defend pakai stud berapa, striker stud berapa dan macam-macam lah.

sportsman akan selalu bersembang pasal friendly match, bincang pasal strategy permainan team sendiri dan pihak lawan, sukan tu dah jadi sebahagian hidup dia, dia bukan sekadar pergi main futsal pada malam minggu sebab join kawan-kawan yang ajak separuh mati.

sportsman bukan sekadar beli kasut futsal untuk main masa game company or fakulti organised, kasut-kasut diorang selalunya lusuh dan berjenama khusus untuk game tersebut, kadang-kadang brand tu agak asing bagi pasaran biasa, instead of Adidas, Nike dan Puma, diorang akan selalu sebut brand Mizuno, Asic, Salomon, Yonex, RSL, Apacs, Ascort, Head dan macam-macam lagi.

Kepada awek yang mempunyai pakwe bercirikan yang aku sebutkan diatas, ada beberapa tips yang korang boleh ambik simpan buat pedoman.

a) Jangan sesekali test pakwe korang dan letakkan mereka dalam dilema suruh pilih antara sports dengan korang. Ingat, JANGAN sesekali. Sebabnya walaupun mulut diorang pasti akan cakap diorang pilih korang tapi hati dia tetap sedih dan dilema mengenangkan jadual main dia yang terganggu.


b) Pakwe korang suka korang jadi penyokong, penonton, cheerleader dan moral support bagi diorang, korang la sumber kekuatan yang terlindung diorang, korang adalah spinach popeye diorang, koranglah tangkal azimat penguat tenaga sewaktu diorang beraksi, kalau korang nak amik hati bf korang yang suka sports, luangkan sikit masa pergi support diorang bersukan,

Tolong berhenti merungut yang dewan badminton atau padang bola tu banyak nyamuk, korang panas dan macam-macam lagi.

Dan satu lagi, elakkanlah perangai tantrum pergi muncung sedepa tidur dalam kereta sambil bukak aircond lambang protes nak balik cepat. kalau korang nak pakwe korang bertambah sayang, sekali sekala tu bergaul dengan geng/team mates lepas habis friendly match. Teringat aku time Manora bagi sokongan waktu mnari di Central Market Kuala Lumpur. Ahahahaaha

kalau korang merungut yang korang tak boleh ikut lifestyle mcm ni nampaknya memang ditakdirkan korang bukanlah pasangan yang ideal bagi pakwe korang.

c) Dalam hati sportsman, tidak sesekali diorang akan membandingkan priority antara kekasih dengan sports diorang, tak kira lah badminton ke, bola, golf, paintball, tenis, skateboard, yoyo, taekwando, bowling, mountain climbing dan lain-lain.

Sports itu semua hanyalah lifestyle diorang yang diorang dah terbiasa sejak dari kecik, mungkin akibat dibesarkan dalam keluarga yang suka bersukan,

sama sekali jika diorang pergi bersukan tak pulak ikut korang gi shopping tudung ariyani tu boleh menjadi indication level kasih sayang kepada korang.

biarkan lah dorang dengan jadual selang sehari dalam seminggu tu untuk sports yang diorang minat, dan remaining days tu untuk korang. percayalah diorang takkan boleh peluk racket dan bola pas kawin nanti, diorang tetap sayang korang separuh mati macam lelaki lain.

No comments:

Post a Comment

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...