Monday, March 11, 2013

UMS Debaters~ Miss you guys!


Aaaaaa, hari ni ade post mengenai pasukan debat UMS. Walaupun x dapat join akibat kelemahan diri, tetapi tetap sokong mereka dari jauh. Dan, mereka ini juga adalah kawan2 seperjuangan dalam berdebat di kampus UMS ni. Tahniah kepada Noorhazana, Shahbudin, Decker dan juga Fandyi yg berusaha untuk menaikkan nama UMS. Owh ye, bawah ini ada komentar daripada juri. Baca pon dah boleh tah macam mana perlawanan eventhough korunk xdew dlm match tue. ^_^

Berikut adalah Keputusan penuh team Integriti Berserta Komen para Juri:


kami dahulukan dengan ucapan maaf kepada semua pembaca.
dan terima kasih atas sokongan padu.

Sidang 1

UTHM vs UMS
D.I.A Mengurangkan cukai kepada syarikat yang menyumbang dalam CSR
usul ditolak
juri : 1:2 (2.5)
Noorhazana Samsuddin (3rd UMS)

komen hakim:
UTHM gagal membuka konsep CSR dan cukai dengan baik, kesilapan UTHM apabila meletakkan potongan cukai sehingga 15% tanpa mengambil kira kepada aspek kesan kepada ekonomi negara sekiranya usul diterima. Pembuktian UTHM baik, namun kurang dianalisis dalam konteks keperluan memberikan pemotongan cukai.UMS berjaya meragukan kes dengan menampilkan kesan kepada ekonomi dan kapasiti mekanisme sedia ada untuk menggalakkan CSR

refleksi peserta:
perdebatan sengit disebabkan persembahan konsisten UTHM (Awang, Hakim, Chuan), namun, UTHM seperti terlalu tenang dan kurang agresif pada awal persidangan. kemenangan menentang team UTHM memberikan keyakinan dan semangat untuk meneruskan perjuangan. Tetapi pada awal persidangan kami sedar persembahan sedikit kaku dan kurang beremosi. 

Sidang 2

UPM vs UMS
Media kita semakin bebas
usul ditrima
juri: 2:1 (2.5)
Badri Ishak (2nd UPM)

Komen hakim:
kes UPM di luar daripada pemahaman umum yang membincangkan keadaan "bebas" sepatutnya merujuk kepada unjuran positif kepada ruang lingkup fungsi media, tetapi membawakan aspek "bebas" apabila memberikan unjuran negatif . UMS mempunyai pertikaian yang baik, tetapi kes yang tidak kemas. Penggulungan UMS lebih jelas daripada UPM, tetapi sudah terlalu lambat, kerana kurang menyentuh aspek pencirian fungsi media dalam substantif. Kes makro UPM lebih menyakinkan berbanding kes mikro UMS.

refleksi peserta:
kes UPM (Zahir, Badri, Fathiah) dipusingkan sehingga sama dengan kes yang disediakan oleh team UMS (perlanggaran kes). Menyebabkan team UMS terpaksa menukar konsep dan pembuktian semasa bersidang. Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak kekeliruan pada team UMS namun berjaya twist kes, tapi kurang kemas. Noorhazana menjadi calon best speaker. 

Sidang 3

UMS vs UMT
KR1M membantu rakyat
usul ditolak
juri: 1:2 (2.5)
Norliyana (3rd UMT)

Komen Hakim:
Perlawanan sengit, kerajaan mempunyai kuasa untuk mencirikan kes “membantu”, tetapi pembangkang juga mempunyai hak untuk melawan kes “tidak membantu” menerusi pendekatan sisi lain. UMS mendakwa UMT belum menunjukkan keadaan “tidak membantu” kerana membuktikan keadaan “membebankan” namun Ust. Manan (ketua hakim) berpendapat ianya perkara yang sama. UMS tewas untuk menunjukkan aspek “keselamatan” terhadap produk KR1M. aspek lokasi dan harga yang dibawakan UMT dibidas baik oleh UMS. 

refleksi peserta:
UMT (Shahrul, Fatin, Liyana) seolah-olah kurang menembak kes UMS. Kelebihan UMT adalah konsisten dalam memperjuangkan ciri “xmembantu” mereka dan bijak memanipulasi fakta. Team UMS mempunyai instinct boleh menang sebab UMT xbidas pembuktian ”membantu” dan UMS sudah mematahkan ciri “xmembantu” UMT tapi hakim lebih terbujuk dengan UMT. Shahbudin calon best speaker.

Sidang 4

UMS vs UTAR
Negara maju angan2 Mat Jenin
usul diterima
juri: 3:0 (4.33)
Shahbudin Beddu (2nd UMS)

komen hakim:
perlawanan yang kurang agresif dan membosankan. Pasukan UTAR kurang memberikan respon kepada pasukan UMS (tak pernah beri ruang izin laluan). UTAR tersekat-sekat, tapi mempunyai idea yang baik. UMS membuka konsep dan pembuktian yang longgar, dan. Kelebihan pada UMS sebab persembahan baik dan bersih, konsisten serta berpengalaman. Perlawanan terlalu sopan.

refleksi perserta:
perlawanan jadi membosankan disebabkan keadaan UTAR yang kurang memberikan respon dan tidak pernah meminta dan memberi izin laluan. UMS bersemangat, tetapi hakim terpengaruh dengan persembahan UTAR menyebabkan mereka mengantuk. UTAR mempunyai idea yang baik tetapi tidak dianalisis dengan baik. Fandyi calon best speaker.

Sidang 5


UMS vs MMU
AES mendidik Pengguna jalan raya
usul ditolak
juri: 1:2 (1)
Hazwan (3rd MMU)

Komen hakim:
UMS sepatutnya memperincikan perbezaan antara Automated Enforcement System dengan Enforcement System. Satu kegagalan ini menyebabkan UMS kalah. Dan juga perlu bercerita kepentingan MIROS,JKJR,PDRM (UMS hanya kaitkan kepentingan JPJ). MMU manipulasi fakta tentang UK dan Perancis dan fakta 80% AES rosak di Malaysia sehingga dikesan oleh team UMS dan juri. Mekanisme MMU pun tidak dapat diterima kerana telahpun dilaksanakan di Malaysia, namun gagal. Pertikaian MMU adalah tentang AES yang tidak menyeluruh, maka tidak mendidik.

Refleksi peserta:
jujurnya, kekalahan kpd pasukan MMU (Fuad, Yusoff, Hazwan) mengejutkan team UMS, kerana banyak perkara yang tidak dibidas baik oleh MMU, MMu memanipulasi fakta dan dikesan juga oleh hakim, persembahan tidak konsisten MMu, fakta domestik global yang tidak dibidas dan frasa berubah-ubah. Hakim seolah2 berdebat dengan pasukan ums semasa memberikan komen, bukannya menilai perdebatan MMU dan UMS secara neutral. Faktor kemenangan MMu mungkin disebabkan oleh sentimen nama MMU. Apapun, untuk penambahbaikan, team UMS berpendapat daya bujukan dan sentiment MMU memberi kesan kepada hakim. Noorhazana calon best speaker.

Sidang 6

UKM vs UMS
Undang2 tegas menjamin integriti penjawat awam
usul diterima
juri: 2-1 (1.5)
Muhammad Zaki (1st UKM)

Komen hakim:
Tiada (silent round + penganjur kejar masa)

refleksi peserta:
Round terakhir, tapi kami masih bersemangat. Lebih2 lagi bertemu team UKM (Zaki, Suhaimi, Sonia). Apapun, pencirian undang2 tegas juga menyebabkan UMS perlu melakukan pelbagai siri perubahan dan penambahbaikan semasa sedang bersidang terutama aspek pembuktian dan konsep. Advantage kepada pasukan UKM sebab mempunyai kapasiti untuk mencirikan undang2 tegas.

P/S : Walaupun x berjaya smpi ke semi-final ,aku tetap bangga dengan pasukan universiti UMS. Rasa malu sebab tidak dapat menyumbang pon ada. Hinggakan nk datang latihan debat pon malu dah sekarank akibat x sempat kasi informasi. Apa2 pon selamat maju jaya UMS! Ade banyak lagi kompetisi yg boleh kita raih sbgi Juara. THink Positive~

No comments:

Post a Comment

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...