Tuesday, December 27, 2011

Jenis Lelaki Dan Tabiatnya -> Part 2

Ni sambungan kepada entri lepas taw Jenis Lelaki Dan Tabiatnya. Sebab nak letak satu post meleret nanti kan. Post kali nie lebih banyak tentang mamat yang Kasanova and etc.. Hahaha, lebih kurang camtu la. Papepon, enjoy k!

P/S Aku kategori Mamat Geek Dota


3) Mamat Geeks



Apa itu geek? geek adalah golongan taksub atau obses berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang dia minat.
Ada macam-macam jenis geek yang pernah aku jumpa dan aku tengok kat tv, ada geek star trek, geek sci-fi movie, geek toys, tapi yang paling popular di dunia moden ni adalah Techno/gadget geek.


Lelaki yang techno geek ni akan menghabiskan duit, masa, perhatian, tenaga dan segala-galanya untuk main game, internet, duduk depan komputer 18jam sehari, beratur panjang-panjang depan kedai semata-mata nak beli i-pad baru, tukar iphone 4 kali, tukar blackberry, dan boleh hafal berapa bilah kipas laptop bagi setiap model yang ada.



Setiap borak dia takkan lekang dari words mcm, processor, photoshop, dual core, i-7, window 7, DOTA, motherboard, low yatt, cooling pad, Unifi, broadband bla bla bla bla bla bla bla.....



Tak susah nak kenal samada pakwe korang ni geek atau tak, kalau korang tengok keadaan diri dia tak terurus dan makan tak tentu semata-mata nak complete habiskan level game, selalunya golongan geek akan dikaitkan dengan sikap anti sosial.



bila korang ajak gi tolong rewang kenduri dia taknak pergi, ajak pergi kenduri kawin dia malas, kalau dia nak pergi pun dia nak datang lewat, atau terlalu awal, dia akan makan cepat dan belah cepat, dia tak suka berkumpul dengan masyarakat.



Mamat geek jugak akan cepat bengang dan panas baran kalau pc dia rosak, atau internet dia down, kadang-kadang awek akan jadi mangsa amukan sang Rajunatapa bila dia tak puas hati kalah main DOTA, korang jangan terkejut kalau pakwe geek korang bagi nama kepada pc dia, iphone, ipad, ipod dan macam-macam lagi.



setakat ni, aku pernah jumpa 3 orang mamat geek hardcore dalam hidup aku, korang bayangkan USB port dekat pc dia dah sampai takde alphabet lagi dah, dari A sampai Z, sorang lagi member aku, dia boleh duduk depan pc dalam bilik dia 14 jam straight main championship manager.

Macam mana nak hendel pakwe geek? aku susah nak bantu lah, sebab aku pon mungkin kategori nie jugak. Mungkin satu hari nanti korang jugak akan mula minat main PS3 bersama-sama sebagai aktiviti waktu senggang. Wakakakaka





4) Desperado Ala Romeo


Ade jenis lelaki yang desperate untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang perempuan, bukan sahaja kasih sayang dari awek dia, tapi kasih sayang dari semua makhluk yang bernama perempuan
Beratus dah  aku jumpa dak laki macam nie dekat Universiti tempat aku belajar sekarank nie Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terutama dak lelaki tahun pertama yang baru masuk Universiti (batch aku la tue ). Diorang nie masuk universiti terus pasang niat nak jad Mat Romeo. Owh please la. Geli la weyh. Mak bapak suruh belajar, korunk jadi Romeo. Poodah Chit.
Perkara nie dibuktikan lagi dengan fakta kawan aku (Nurul Ain Azli) yang skarank dekat UiTM, Perlis. Die cakap dak tahun 1 kat sane pon same jugak, desperate nak carik makwe. Daaa~ Nak taw ape ciri2 lelaki jenis nie, jom terus membaca.


Desperado Ala Romeo ni akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hero depan perempuan, walaupun diorang berusaha bersungguh-sungguh namun belum mampu membuatkan dorang ni kelihatan hebat, sebaliknya orang macam ni akan kelihatan sadis.


Tapi dia masih percaya yang dia adalah lelaki idaman setiap perempuan, dia akan buat apa sahaja asalkan dapat kena jek. Lelaki jenis macam ni ramai, tapi dalam satu-satu kelompok tak boleh wujud lebih dari 2 orang Desperado, sebab persaingan yang timbul ibarat adengan perampasan takhta kerajaan majapahit.


Selalunya, awek kepada desperado kerap makan hati dengan kelakuan dorang, awek akan rasa diri tak special pun bila dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang cuba diimpress oleh desperado, kadang-kadang tu sampai tahap adik, bakal mak mertua,ngan opah pun dia akan cuba bermulut manis dan layan abis.


Cakap je apa saja, tolong beli santan? pacak tiang sidai baju? belikan nasik lemak pukul 2 pagi kat pekan? tolong hantar amik kerja walaupun tempat kerja jauh 20km setiap hari? semua bisa diatur dong, Upahnya pulak, bukanlah menggadai body, bukan jugak bagi duit, cukuplah dengan puji-pujian dan perhatian spesel kepada dia.


Pantang bagi mamat desperado adalah,


a)korang diharamkan puji lelaki lain lebih bagus dari dia, korang diharamkan senyum-senyum dan sembang-sembang lawak dengan lelaki lain,


b)korang tak boleh gelak bila lelaki lain buat lawak, korang jangan ckp lelaki lain lagi terer drive dari dia, korang jangan ckp yang Shahzwi lebih pandai berkata-kata dari dia, jangan puji blog The Annoying One, kalau dia ade blog, puji blog dia saja dan dia akan merasa puas dan akan sanggup buat apa saja pada korang.


Senang cerita, Desperado Ala Romeo ni tak boleh orang lain lebih di depan audience perempuan dari dia. dia mesti nak jadi Numero Uno di depan awek, bakal mak mertua, classmate perempuan, lecturer perempuan, officemate perempuan. Dia Mahu jadi hebat dengan cara yang desprate.


Korang jangan terkejut kalau aku cakap kawan aku yang desperado ni pernah melutut bagi jambangan bunga depan orang ramai, situasi itu tidak nampak hero mcm adengan filem korea, tapi menimbulkan rasa kekok yang memualkan. Sampaikan kita rasa kita pulak yang malu bila tengok adegan-adegan ala muzikal dia tu.





5) Aku saja yang betul / Hollier than thou


Lelaki jenis 'aku saja yang betul' ni adalah satu sumpahan kepada perempuan, lelaki jenis ni mempunyai pakej yang boleh dikira baik untuk dibuat suami, financial tersusun, pembersih, kemas, kerja stabil, kereta baru, sikat rambut, pakai kemeja, hormat orang tua, rajin bermasyarakat.


Tapi, walaupun pakej agak lengkap, awek tetap selalu makan hati. Makan hati dengan sikap bila berbalah sentiasa nak menang, taknak mengalah, ego tinggi melangit, susah nak mintak maaf.


Lelaki jenis ni merasakan dia tak pernah buat silap, lelaki jenis ni selalu tengok perempuan dia macam barang dan bukan manusia. Dia rasakan perempuan dia macam batang pokok yang takde perasaan. Lelaki jenis ni ada sangkut paut dengan jenis lelaki Desperado Ala romeo tapi ia adalah version lebih kompleks dan lebih advance.


signal yang korang boleh trace di awal perhubungan adalah dengan cara menggunakan kaedah driving. cuba dalam satu-satu masa anda buat adengan nak drive. first word yang keluar dari mulut dia....


" awak nak drive? awak jangan mengada lah! perempuan bukan boleh percaya bawak kereta, nanti eksiden naya!"


kemudian kalaupun dia mengalah bagi korang bawak kereta, korang akan drive macam dalam neraka, korang akan dengar dia membebel mengalahkan pegawai JPJ lapar nak balik cepat hari jumaat.


" Awak ni pandai drive ke tak? kenapa bawak kereta ke kanan ke kiri, mcm orang mabuk ni.... brekk breekk breekk brekkkkk!! u ni gila ke? signal mana? signal mana? jangan lah follow rapat sangat dengan kereta depan tu, kang cium bumper kang awak nak ganti? jalan lahhh... terhegeh-hegeh, tunggu apa lagi lama-lama kat simpang nih? keluar la kepala tu dulu, slow la u nih tu la mengada nak bawak sangat, sebab tu i tak suka perempuan drive!"


Lelaki jenis ni jugak suka banding-bandingkan korang dengan mak atau kakak dia, dia akan ckp korang masak tak sedap macam mak dia, kakak dia lagi pandai lipat kain dari korang, tudung adik perempuan dia lagi matching dari tudung korang.


Walaupun korang gembira sebab pakwe korang ada proton inspira, suka action pakwe korang yang kerja stabil dan stylo, tapi jauh dalam hati korang rasa sengsara sebab selalu pendapat korang tak ada makna bagi perhubungan, korang macam takde hak untuk menyuarakan pendapat.


Dan janganlah buat-buat terkejut, kalau di alam rumah tangga nanti, lelaki jenis ni akan selalu angkat tangan, lelaki jenis mcm ni jugak akan jadi cemburu buta.



macam mana nak handel? errmm, susah jugak sebab dia jenis tulikan telinga dengan nasihat dan pendapat, tapi dari pengalaman aku, orang macm ni hanya boleh diajar dengan cara "fight fire with fire", sebab bagi aku, alang-alang korang asyik kena buli dan seksa, ada baiknya korang bangun berdiri mempertahankan diri dan maruah, kalau dia membangga diri, korang cerita jugak benda yang sama bagi dia rasa diri tu 'takdelah bagus sangat'


" U bukan tau apa, apa yang i ckp betul, u tu salah, i taulah sebab i kan kerja Chemical petrokimia setelit nasa technologies Mechanical engineer, u tu perempuan buat cara perempuan, belajar tinggi-tinggi last last duk ceruk dapur jugak"


" Laaaa.. rupenya kerja u tu mcm tu je, apsal tak ckap awal-awal, Pakcik sepupu i kerja macam tu jugak, u kenal tak? nama dia Profesor Emeritus di Raja Dato dr Kamsani Kamsana, i rasa dia bos kepada bos u kot.. he such a very nice guy, takde macam u, semua nak betul je. dia pandai respect perempuan ngan pandangan orang lain tau!"
Ambek koe.. Ahahaha, terasa? Biarkan laa.

~The End~

No comments:

Post a Comment

Keep It Straight. Live your Life~

I am Who I am Adat bekerja dekat tempat orang, kene sentiasa bekalkan kepala dengan mindset ni "Kesabaran", hahahaha. Ha...